• Photo Title 1
  • Photo Title 2
  • Photo Title 3
  • Photo Title 4
  • Photo Title 5

postheadericon Perutusan Pengarah

 
Assalamualaikum W.B.T,
 
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia……

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana laman web IKBN Seri Iskandar ini berjaya dibangunkan hasil usaha bersama semua kakitangan IKBN Seri Iskandar. Pertama sekali saya mengucapkan selamat datang kepada pengunjung-pengunjung baru dan juga mengalu-alukan graduan-graduan IKBN Seri Iskandar untuk melayari laman web IKBN Seri Iskandar ini. Laman web ini merupakan platform kepada para pengunjung bagi mendapatkan informasi-informasi terkini berkaitan dengan institusi ini dan diharapkan agar dijadikan perhubungan komunikasi dua hala antara IKBN Seri Iskandar dengan masyarakat luar Amnya.

Untuk makluman tuan/puan, sejak tertubuhnya IKBN Seri Iskandar ini pada tahun 1998, misi, visi dan objektifnya tidak berubah dan sehingga kini diteruskan iaitu perkara utamanya adalah untuk melahirkan pekerja mahir atau separa mahir bagi menyokong industri-industri tempatan yang berkaitan. Bermula dengan dua jurusan yang utama iaitu Jurusan Elektronik Industri dan Jurusan Audio Visual dan kini sedang melaksanakan jurusan baru seperti Jurusan Elektrik ( 2012 ).  Insyaallah latihan kemahiran di IKBN Seri Iskandar ini akan dikembangkan lagi dengan Jurusan Multimedia dan Jurusan Rangkaian (Networking) di bawah Sekolah Teknologi Maklumat yang telah bermula pada tahun 2011.

Selaras dengan teras kedua Bidang Keberhasilan Utama (KRA) Kementerian Belia dan Sukan iaitu, pemerkasaan Pembangunan Insan dan Gerakan Belia, IKBN ini juga akan memastikan segala hala tuju dan perancangan program yang akan dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Disamping itu, bagi merealisasikan visi dan misi IKBN Seri Iskandar ini, kerjasama semua adalah perlu. Warga IKBN perlu sentiasa peka dan komited serta meningkatkan sistem penyampaian agar Gagasan 1 Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ dilaksanakan dengan jayanya. IKBN Seri Iskandar juga mempunyai harapan dan hasrat supaya dapat mengoptimumkan segala kemudahan yang sediada dalam usaha meningkatkan outcome keseluruhannya. Adalah diharapkan melalui laman web ini, segala perkembangan terbaru akan dikongsi bersama secara berterusan dan diharapkan menjadi sumber rujukan utama mengenai IKBN Seri Iskandar.

 

Sekian, Wassalam.

Terakhir dikemaskini (Rabu, 26 September 2012 08:49)

 
PAUTAN AGENSI

          
        
    
    
  
     
     
   

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday530
mod_vvisit_counterAll days397520

We have: 11 guests online
Your IP: 10.19.189.99
 , 
Today: Mei 23, 2013
AKTIVITI SEMASA

MESYUARAT PENGURUSAN

Mesyuarat Pengurusan akan diadakan pada seperti berikut:- Tarikh : 23 Mei 2013 Masa : 09.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat, IKBN Seri Iskandar




PENDAFTRAN ALUMNI IKBN

PENDAFTARAN ALUMNI IKBN SERI ISKANDAR DAN SELURUH IKBN

>> Daftar sekarang <<




PENANGGUHAN TARIKH MAJLIS KONVOKESYEN IKBN KBS KALI KE 9 TAHUN 2013

Makluman & Perhatian....Tarikh Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia & Sukan Kali Ke- 9 yang dijadualkan pada 6- 7hb. Mei 2013 bertempat di PICC telah ditunda kepada 24- 25hb. Jun 2013 di tempat yang sama. Sebarang pertanyaan / penjelasan / bantuan sila menghubungi pihak urusetia - En. Churemi bin Sairi ditalian 03-88713653.




KEMASUKAN KE IKBN SERI ISKANDAR

KEMASUKAN KE IKBN SERI ISKANDAR SECARA MANUAL DAN BERMINAT BOLEH MUAT TURUN BORANG PENDAFTARAN DI LAMAN WEB RASMI IKBN SERI ISKANDAR.

< sila klik >




PERTANDINGAN MENCIPTA TAG-LINE INTEGRITI DALAM SUKAN

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN ( KBS ) MENGADAKAN PERTANDINGAN MENCIPTA TAG-LINE INTEGRITI DALAM SUKAN. PERTANDINGAN INI TERBUKA KEPADA WARGA MALAYSIA BERUMUR 12 TAHUN KE ATAS. BERMINAT BOLEH MUAT TURUN BORANG PERTANDINGAN DI LAMAN WEB RASMI IKBN SERI ISKANDAR


www.ikbnsi.gov.my
LAMAN SOSIAL
     
 
 
PILIHAN BAHASA
KALENDAR
Mei 2013
AISRKJS
1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031
CARIAN
WAKTU HARI INI
Reloj Binario content
KEMUDAHAN IKBN