postheadericon LATEST INFORMATION

Last Updated (Wednesday, 16 May 2012 14:38)

 

postheadericon LATEST NEWS

BENGKEL MS ISO 9001:2008 DALAM PENYEDIAAN DOKUMEN
MANUAL KUALITI DAN PROSEDUR KUALITI
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA SERI ISKANDAR, PERAK
 
 
9 MEI 2012 - Institut Kemahiiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Bengkel Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 pada 7-9 Mei 2012 bertempat di Bilik Pneumatik. Semua pegawai dan kakitangan dipilih daripada setiap bahagian, cawangan dan unit terlibat dalam bengkel ini dan penceramah jemputan dari Syarikat Pemahir Services, Shah Alam, Selangor iaitu Tuan Hj. Mohd Mahidi Bin Rabin. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk proses penyediaan manual kualiti dan prosedur kualiti yang merangkumi semua aspek pengurusan, perkhidmatan dan latihan. Para peserta diberi pendedahan dalam menyediakan dokumen ini di mana setiap wakil bahagian, cawangan dan unit membentangkan prosedur masing-masing mengikut proses kerja utama.  Pada hari akhir bengkel, Tuan Pengarah, En. Muzkhairil Bin Muhamad bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud turut hadir dan sekaligus merasmikan majlis penutupan bengkel MS ISO 9001:2008 pada jam 05.00 petang.

Last Updated (Wednesday, 16 May 2012 08:03)

 

postheadericon PROGRAM MENDAKI BUKIT KLEDANG

There are no translations available.

 
30 APRIL 2012 -  Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Program Mendaki Bukit Kledang, Ipoh pada 28 April 2012 jam 7.30 pagi. Program ini diadakan adalah di bawah anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan ( KESKEB ) IKBN Seri Iskandar yang melibatkan pelajar dan kakitangan seramai 70 orang di mana Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud turut serta dalam menawan puncak Bukit Kledang. Sebelum acara dimulakan, semua peserta membuat regangan otot ( Senaman ) yang diketuai oleh Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) bagi menggelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini berlaku dan diiringi bacaan doa selamat. Program ini tamat pada jam 12.30 tengahari dan syabas diucapkan kepada semua peserta berjaya menawan puncak Bukit Kledang bagi tahun 2012.

Last Updated (Wednesday, 16 May 2012 08:04)

 

postheadericon KURSUS JENAZAH ANJURAN MPP

There are no translations available.

 
26 APRIL 2012 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar sedang mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah pada 26 April 2012 bertempat di Surau Ibnu sSna jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kursus Pengurusan Jenazah ini dianjurkan oleh Biro Agama, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di mana penceramah jemputan adalah dari Pejabat Agama Kampung Gajah, Perak. Semua pelajar yang beragama Islam terlibat dalam kursus ini bersama pegawai dan kakitangan institut. Pengisian kursus pengurusan jenazah ini merangkumi teori dan praktikal serta memberi pendedahan dan gambaran sebenar kepada peserta kursus yang hadir.  

Last Updated (Wednesday, 16 May 2012 08:05)

 
CURRENT ACTIVITIES

ALUMNI REGISTRATION IKBN

ALUMNI REGISTRATION FOR IKBN SERI ISKANDAR AND ENTIRE IKBN

>>register now<<





www.ikbnsi.gov.my
LANGUAGE ELECVTIVE
CALENDAR
May 2012
SMTWTFS
12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031
TIME TODAY
Reloj Binario content
HYPERLINKS